UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Tan, Ai Lee
Title :Kecerdasan emosi dan peramalannya terhadap pencapalan akademik dan praktikum guru pelatih Program Bazar Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat perhubungan dan peramalan kecerdasan emosi terhadap prestasi pencapaian dalam kalangan guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2008 di Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Instrumen pengukuran kecerdasan emosi yang digunakan ialah BarOn Emotional Quotient Inventory (BarOn EQ-i). Seramai 382 guru pelatih daripada sembilan bidang pengkhususan yang berlainan di lima IPG terlibat dalam kajian yang dijalankan. Tiga responden juga ditemu bual untuk mendapatkan penjelasan pengamalan kecerdasan emosi semasa praktikum. Hasil kajian secara keseluruhannya mendapati sebanyak 62.8 peratus daripada guru-guru pelatih mempunyai aras kecerdasan emosi yang rendah. Terdapat perbezaan yang signifikan antara Skala komposit Intrapersonal EQ dengan prestasi pencapaian akademik manakala Skala komposit Interpersonal EQ, Intrapersonal EQ dan General Mood EQ menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan pencapaian praktikum. Jumlah keseluruhan EQ, skala komposit Interpersonal EQ dan skala komposit Adaptabiliti EQ menunjukkan perhubungan yang signifikan dengan prestasi pencapaian praktikum. Skala komposit Interpersonal EQ dan Intrapersonal EQ merupakan faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik manakala Skala komposit Interpersonal EQ merupakan satu faktor sahaja yang menyumbang kepada peramalan prestasi pencapaian praktikum guru-guru pelatih. Satu model peramalan kecerdasan emosi untuk pencapaian praktikum bersama bidang pengkhususan telah dibentukkan dengan perisian R.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)